Azam pilihan teratas sepanjang tahun.
- Coach Fatimah
- Jan 2, 2017
- 1 min read
Apa khabar semua? Selamat tahun baru! Setiap kali tahun baru menjelang tiba pasti semua orang akan memulakan untuk cuba mencapai azam baru untuk tahun baru.
Saya pasti anda juga ada azam tersendiri..yang pasti anda sahaja yang boleh menentukan azam anda boleh dicapai atau tidak. Apa-apa pun kita cekalkan semangat dan cuba sebaik mungkin untuk mencapai apa sahaja azam anda untuk tahun baru ini.
Berikut adalah azam tahun baru paling famous sepanjang tahun.. 1) Turunkan berat badan.. 2) Berhenti merokok...

TURUNKAN BERAT BADAN Ini azam yang menjadi favourite setiap orang setiap tahun. Dikatakan azam paling sukar untuk dicapai.
Jadi berhati-hati dengan tawaran yang menjanjikan hasil pantas. Kerana anda boleh berjaya turunkan berat anda jika anda tidak mengharapkan ini berlaku dalam masa singkat.
Sediakan jadual pemakanan anda, buat food journal dan pastikan ada sistem yang membantu pola pemakanan anda. Selalunya dalam minggu ke 4 atau ke 6 ramai yang akan memberi alasan untuk tidak meneruskan azam ini..
Sebab itu sangat penting ada seseorang yang sentiasa membantu anda dalam tempoh yang sukar.


BERHENTI MEROKOK Anda takut anda akan sentiasa gagal mencapai azam ini? Cuba tanya ex-smoker, anda akan dapati mereka mencuba banyak kali sebelum berjaya mencapai azam ini.
Cuba pelbagai kaedah dan pastikan kaedah mana yang sesuai untuk anda. Memang susah untuk berhenti merokok. Tetapi anda akan menyelamatkan jantung anda dan fikirkan berapa ringgit anda boleh jimat jika berhenti merokok.
SELAMAT MENJALANI TAHUN 2017. IMPIAN KITA AKAN TERCAPAI JIKA KITA YAKIN..
My Nutrition Garden, a nutrition club and support centre for everyone..!!
Comments